Home » Johor » Draf Rancangan Tempatan Daerah Kota Tinggi 2030 (Penggantian)

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kota Tinggi 2030 (Penggantian)

Rancangan Tempatan Daerah Kota Tinggi 2020 (RTD KT 2020) telah mula disediakan pada tahun 2007 dan telah diwartakan pada 21 Disember 2017 melalui no. Warta (J.P.U.70 Jil.61, No.26) setelah mengambilkira pelbagai proses termasuk penubuhan Majlis Perbandaran Pengerang. Oleh yang demikian, Rancangan Tempatan Daerah Kota Tinggi 2030 (Penggantian) [(RTD Kota Tinggi 2030 (Penggantian)] ini akan disediakan khususnya untuk menggantikan Rancangan Tempatan sedia ada yang telah tamat tempoh pada 2020.

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kota Tinggi 2030 (Penggantian) ini merangkumi

Jilid I : Pernyataan Bertulis, Hala Tuju & Strategi Pembangunan

Jilid II : Peta Cadangan Guna Tanah dan Kawalan Pembangunan

Jilid III : Pengurusan dan Pelaksanaan Projek

Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan bermula pada 14 November  – 15 Disember 2021 yang bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Kota Tinggi yang terkandung di dalam dokumen RT.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 15 Disember 2021.

Tuan/ Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BILPERKARADOKUMEN
1.Draf RT Majlis Daerah Kota Tinggi Jilid 1Muat-Turun
2.Draf RT Majlis Daerah Kota Tinggi Jilid 2Muat-Turun
3.Draf RT Majlis Daerah Kota Tinggi Jilid 3Muat-Turun
4.Draf RT Majlis Perbandaran Pengerang Jilid 1Muat-Turun
5.Draf RT Majlis Perbandaran Pengerang Jilid 2Muat-Turun
6.Draf RT Majlis Perbandaran Pengerang Jilid 3Muat-Turun
7.Ringkasan EksekutifMuat-Turun
8.Flipbook (Folio) i. Majlis Perbandaran PengerangMuat-Turun
9.Flipbook (Folio) ii. Majlis Daerah Kota TinggiMuat-Turun
10.BannerMuat-Turun
11.BuntingMuat-Turun
12.Borang Bantahan AwamMuat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*