Home » Pulau Pinang » Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030

Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 (dengan pindaan-pindaan di bawah Akta-Akta A866, A933, A1129, A1313) merupakan asas perundangan untuk penyediaan Rancangan Struktur Negeri. Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang pertama dinamakan “Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020” atau “RSNPP 2020” yang telah disediakan oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)
Pulau Pinang pada 12 Jun 2007.

Persetujuan kepada kelulusan JPN telah diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Pulau Pinang pada 13 Jun, 2007, tarikh yang mana RSNPP 2020 mulai berkuatkuasa. Fakta persetujuan PBN telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Jilid 51 No 13 Tambahan No 1 bertarikh 28 Jun 2007. Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri ini disediakan sebagai memenuhi keperluan Seksyen 11(1), Akta 172 di mana seksyen ini menyatakan,“Sesuatu Rancangan Struktur yang telah mula berkuatkuasa adalah tertakluk kepada kajian semula setiap lima tahun seiring dengan penyediaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri. Kajian semula itu hendaklah berkaitan dengan seluruh Negeri itu.”

Tujuan Kajian Semula RSNPP 2020 adalah seperti berikut :-

  • Mengintegrasikan rancangan, strategi, program dan dasar-dasar baharu di peringkat Nasional, Wilayah dan Negeri; termasuk Rancangan Pemajuan Nasional (Rancangan Fizikal Negara, Dasar Perbandaran Negara, Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara) dan Rancangan Malaysia Lima Tahun.
  • Mengambilkira dasar, polisi dan garis panduan pembangunan baharu Pihak Berkuasa Negeri (PBN) termasuk Pelan Induk Pengangkutan Negeri.
  • Menyemak dan mengkaji semula pelaksanaan dasar, gambarajah, program dan projek-projek yang telah dikenalpasti untuk dikaji semula.
  • Menyelesaikan isu-isu sektoral dengan mengambilkira kekuatan dan kelemahan dasar untuk mengenalpasti prospek dan cabaran pembangunan.
  • Mengenalpasti prospek dan cabaran pembangunan dan implikasinya hasil daripada pelaksanaan dasar-dasar tersebut.
  • Membentuk dasar-dasar baharu yang bersesuaian dan lebih berdaya laksana.
  • Menggalakkan pembangunan di kawasan yang berpotensi untuk pembangunan.
  • Membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan isu-isu wilayah atau perkara-perkara lain yang dirujuk oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) /agensi.

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Banner (Malayu) Muat-Turun
2. Banner (English) Muat-Turun
3. Ringkasan Eksekutif Muat-Turun
4. Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 Muat-Turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*