Home » Perak » Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Daerah Muallim dan Sebahagian Daerah Batang Padang 2035

Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Daerah Muallim dan Sebahagian Daerah Batang Padang 2035

RT Daerah Muallim dan Sebahagian Daerah Batang Padang 2035 ini penting bagi memenuhi beberapa keperluan yang meliputi beberapa konteks seperti perundangan, kawalan pembangunan, keperluan setempat, dan impak pembangunan katalis.

Perundangan
Penyediaan RT ini selaras dengan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 di bawah Seksyen 12 hingga 16. Kandungan RT termasuk memajukan dan menggunakan tanah, melindungi dan memperelok alam sekitar, memelihara topografi semula jadi, ciri dan rupa bangunan, memperelok landskap dan memperbaiki sistem lalu lintas dan
infrastruktur.

Migrasi Penduduk
Pembangunan baharu seperti Bandar Mesra Belia dan kawasan tumpuan seperti Proton City serta Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mempengaruhi migrasi penduduk dan pada masa yang sama memberi impak terhadap perancangan fizikal di Kawasan Rancangan Tempatan.

Aspirasi Daerah
Pembangunan di dalam Kawasan Rancangan Tempatan hendaklah selaras dengan aspirasi-aspirasi yang telah dicadangkan seperti pembangunan Bandar Mesra Belia, pusat automotif, pusat tumpuan pelancongan Gerbang Pintu Masuk World of Wonders Perak dan aspirasi Wilayah Perak Selatan bagi menjadikan Kawasan RT ini sebagai hub teknologi Kenderaan Autonomi (CAV) Asia Tenggara.

Penggantian RT Sedia Ada
RT Batang Padang 2020 yang dijadikan rujukan utama dalam perancangan dan pembangunan tanah Daerah Batang Padang hanya meliputi unjuran penggunaan tanah sehingga tahun 2020, maka wujudnya keperluan penyediaan RT ini dalam memacu pembangunan dan ekonomi tempatan sehingga tahun 2035. Perancangan dan pembangunan Daerah Muallim sebagai Bandar Mesra Belia serta Bandar Automotif perlu mengambil kira limpahan pembangunan serta pengaruh perubahan guna tanah di sebahagian Mukim Bidor dan Sungkai dalam menjayakan visi Gerbang Selatan Perak yang Mampan dan Mesra Belia.

Penentuan sempadan Kawasan Rancangan Tempatan ini adalah terdiri daripada Mukim Hulu Bernam Timur, Hulu Bernam Barat, Mukim Slim, sebahagian Mukim Sungkai dan sebahagian Mukim Bidor. Penentuan sempadan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Bil. 3/ 2016.

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

Jilid 1
BIL PERKARA DOKUMEN
1. BAB 1 : PENGENALAN Muat-Turun
2. BAB 2 : VISI, TERAS & KONSEP PEMBANGUNAN Muat-Turun
3. BAB 3 : TERAS 2 EKONOMI BERDAYA SAING Muat-Turun
4. BAB 4 : TERAS 2 BERDAYA HUNI Muat-Turun
5. BAB 5 : TERAS 3 KORIDOR MAMPAN Muat-Turun
6. BAB 6 : TERAS 4 PENGANGKUTAN & INFRASTRUKTUR MAMPAN Muat-Turun
7. BAB 7 : SENARAI PROJEK Muat-Turun
8. JILID 1 LAPORAN PENUH Muat-Turun
9. JILID 1 : ISI KANDUNGAN Muat-Turun
Jilid 2
BIL PERKARA DOKUMEN
1. JILID 2 : PELAN KAWALAN PEMBANGUNAN Muat-Turun
2. BP 1 : MUKIM HULU BERNAM TIMUR Muat-Turun
3. BP 2 : MUKIM SLIM Muat-Turun
4. BP 3 : MUKIM HULU BERNAM TIMUR Muat-Turun
5. BP 4 : MUKIM SUNGKAI Muat-Turun
6. BP 5 : SBHGN MUKIM BIDOR Muat-Turun
BIL PERKARA DOKUMEN
1. Panel Muat-Turun
2. Ringkasan Eksekutif (Bahasa Malaysia) Muat-Turun
3. Ringkasan Eksekutif (English) Muat-Turun
4. Notis Akhbar Muat-Turun
5. Banner Muat-Turun
Borang Bantahan Awam Online kini dibuka bermula 23 Oktober – 23 November 2018. Klik Sini untuk mulakan bantahan.

Comments

  1. Ahmad says:

    RT ini perlu merangkumi sempadan Daerah Muallim Sahaja… seeloknya Mukim Sungkai dan Mukim Bidor terkandung dalam RT Batang Padang yang akan disediakan kelak. Maka, BP4 dan 5 dicadangkan gugur daripada RT ini.

    1. Mastura says:

      Terima kasih di atas cadangan yg diberikan. Dimohon Tn. Ahmad untuk mengisi borang Bantahan Online bagi memudahkan pihak kami mendapat maklumbalas rasmi dr pihak tuan dan seterusnya menghubungi pihak Tuan bagi Sesi Pendengaran dan Siasatan Awam akan datang.
      Sekian, terima kasih

  2. Bada says:

    Saya rasa Tanjung Malim tidak sesuaiuntuk membina LRT mahupun sampai 2050, dan tidak perlu menambahkan tol baru. Sila meningkat penduduk tempatan baru melaksanakan projek mega yang memerlukan kos yang besar seperti Muallim Sentral, skybridge. Seperti atas, aku rasa BP4 dan BP5 sesungguhnya di RT Batang Padang, lebih baik MDTM memperluas kawasan pentadbirannya sehingga Sungkai seperti parlimen Tanjung Malim supaya mengawal dengan lebih berfungsi.

    1. Mastura says:

      Terima kasih di atas cadangan yg diberikan. Dimohon Tn. Bada untuk mengisi borang Bantahan Online bagi memudahkan pihak kami mendapat maklumbalas rasmi dr pihak tuan dan seterusnya menghubungi pihak Tuan bagi Sesi Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam akan datang.
      Sekian, terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*